Sunday, December 18, 2011

berubah segala-galanya

salam.
aku tak tahu nak cakap macam mana sekarang.
dia semakin berubah.
setiap hari pelbagai alasan yang kau berikan.
aku redha jika kau mampu layan aku begitu.
betul la orang cakap,awal-awal manis.
lama-lama pahit juga :)

Thursday, December 8, 2011

Bersabar

Assalamualaikum.kadang-kadang aku rasa macam kawan ni macam taik.Kenapa kau berani belakang je? Kenapa bila kau lalu depan aku kau diam tuli,bila belakang aku kau berani macam lembu sangat.Sedar la kawan,kau pon bukan sempurna sangat.Aku rasa baik kau sedar-sedarkan diri kau.




sumpah aku benci kau ya amat !

Monday, October 31, 2011

sahabat selamanya :)

Terima Kasih YA ALLAH kau ketemukan kami.amin :)







Thursday, October 13, 2011

loads T__T

Assalamualaikum.hai semua-semua.dah bangun tido belom neh? bangun-bangun.matahari dah nak tunjukkan muka dia yang comel dah 2.awwww.hehehe.kenapa pagi nie rasa sayu je? rasa macam malas sangat-sangat sekarang neh.ok ! dah cukup seminggu dah aku start sem 4.tapi belom belajar lagi.minggu depan baru start semua.YA ALLAH.kadang-kadang aku rasa menyesal study dalam kos medical neh.tapi aku minat ! setiap kali perasaan macam nie datang dalam diri aku,aku mesti aku fikir-fikirkan balik harapan mak n abah aku.aku mesti kuat untuk buat harapan mak n abah tercapai.

Mak n abah.doakan untuk kejayaan kakja ek.doakan kakja boleh lulus dengan cemerlang dalan diploma nie.

Monday, October 10, 2011

u are my drug


 I know I'm not beautiful,but everyday I hope you think that I am

minggu ini banyak dugaan sangat
pasal result untuk final sem 3 T__T
pasal dah masuk sem 4
pasal subjek semua cam nak mati lagi
semua nya pasal-pasal
baik aku cari pasal !
rasa cam nak telan sabun basuh baju ja bila fikir semua neh!
dunia-dunia.akhirat bila kalu nak kejar pulak sayang?
sedar diri sepenuhnya.

Tuesday, September 20, 2011

semoga hari esok lebih baik daripada hari ini

Assalamualaikum.sumpah! malas gila sekarang nie nak update apa-apa pon.Aku buat macam benda nie dah tak wujud dalam hidup aku sekarang :) Alhamdulillah Allah masih berikan aku lagi nafas untuk hidup sampai sekarang.Hari nie aku puasa ganti.hehehe.Lagi 5 hari lagi aku nak kena ganti.

Keluarga penting sangat-sangat kan.Tapi lain kali kalau tak boleh tepati janji jangan berjanji dengan aku.Aku benci orang yang macam nie.Bagi aku harapan apa semua.Sabar ya cik aqma.Jangan nangis-nangis lagi.Jangan cepat terasa apa yang berlaku sekarang ini.Baik aku balik rumah lagi bagos kan buat masa sekarang :) Insyaallah

Monday, September 19, 2011

Monday, September 5, 2011

Eid yang ceria 2011

Hai.Assalamualaikum.
Sedar tak sedar dah masuk syawal kan.*ayat poyo kejap*.Hari ni dah raya ke 8 dah pon.Orang laen dah basi update blog,aku je lambat.Al maklum la busy sikit.*tipu sunat xpe kan*.Di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri 2011 maaf zahir & batin.Kosong2 taw :)

ops! tersilap gambar plak.sory

sepupu n akak





k bai :)

Thursday, August 18, 2011

sedih! nak menangis guling-guling

Assalamualaikum :)
Selamat ya semua.

Sekarang aku sedih ya AMAT! orang lain sibuk prepare barang nak raya,aku plak duk busy dengan exam.
sob sob sob T___T

sabar wahai tuan badan,4 paper lagi.lepas 2 boleh bali cuti raya 1 bulan setengah.acecey! seronok leeeteeww. :)




Monday, August 15, 2011

belajar sampai lebam

Hai guys!
U all dah sahur? *bajet artis la pulak kan.hehe.

Assalamualaikum.
Kedengaran azan berkumandang yang menandakan waktu bersahur telah tamat.hehe.aku nak ambik 5 minit je post neh sebelum pergi solat subuh.Alhamdulillah sudah 16 hari kita menyambut ramadhan.Rasa cepat gila kan? pejam celik dah 16 hari kita berpuasa.*yahhhooo! 14 hari lagi nak sambut aidilfitri.Tapi dalam seronok mesti ada kesedihan kan.Macam aku kan,final exam sudah nak start 18 neh.*kau dah ready blom haa?

Alhamdullilah.sudah banyak aku study.Tapi tak power macam korang lar.Aku study setakat apa yang aku mampu sahaja.Doa2 kan aku yawww.hehehe.Aku sudah berusaha,sekarang neh masa untuk bertawakal dan berdoa dengan ALLAH supaya mempermudahkan bila aku nak jawab khamis ini.*rasa xsabar la pulak nak cuti sem kali nie,sebab raya kan..Waaaaa mak cuti lama nok.sebulan setengah.kau jangan jeles.KAU ad??

Serono-seronok jugak,tapi still ada perasaan sedih sebab ramadhan dah nak habis kan.Rasa sayu je bila dengar orang cakap macam ini kan.Tahun nie alhamdulillah kita boleh sambut ramdhan lagi,tapi tahun depan sempat lagi tak kita nak sambut? insyaallah,doa2 kan ALLAH memberi peluang kepada kita ok.

Sudah-sudah neh bukan 5 minit neh kiah.amboi-amboi melampau pulak kau ek.Oke daa..jumpa lagi.

Monday, August 8, 2011

salam ramadhan



                                              .سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum.

salam ramadhan.semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dan lebih bermakna daripada tahun tahun sebelumnya

Borak pasal bulan ramadhan,im just realized its been long time since my last update.soo,apa update terbaru? im going to final exam for sem 3.yahooo! nak habis dah sem 3.hoho.tinggal lagi 3 sem la bebeh i nak habis diploma medical sciences ni.lagi lagi lagi? theeee.itu saja

so,move to bulan ramadhan issue.memang topic hangatlah di dashboard kan,selain topic Khairul Fahmi putus tunang,teett,mesti ramai yang happy.hampeh.bila buka chit-chat pasal ramadhan,confirm2 lah ramai yang keluh kesal kena tahan makan di siang hari kan.kan.kan.saya pun bila terkenang mc value lunch.sluuurppp.tapi ta hapo,depa buat juga untuk buka puasa lah.theeew

another thing,kalau bulan puasa nie,bukan setakat kena tahan nafsu makan semata-mata,semua nafsu nafsu serakan merekah semua wajib hold.i dont think its a big deal for me to starving for about 14 hours per day.selamat berpuasa.

kbye~





Sunday, August 7, 2011

when people hate on u

"sebelum kita mahu menjadi orang lain atau menjadi seperti orang lain..kita at the first place..mesti jadik diri sendiri dulu..mind this..You have to be who you are.. If people accepts you fine if not thanks very much"


.سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Hai.Assalamualaikum.Semua orang mesti rasa diri dia la yang paling sempurna dalam dunia ini? Pada hal kita ini hanya manusia yang lemah sahaja.Manusia yang kerdil di sisi ALLAH.Kenapa mesti ada perasaan dengki dalam setiap hidup manusia ha? Bersyukur la apa yang kita miliki sekarang.Tak kemana pun kalau ada yang perangai macam ini.Hak masing-masing untuk hidup di atas muka bumi ini.

Cuba belajar menjadi diri sendri,jangan terlalu mengharapkan orang lain.Kalau nak mintak harapan orang di zaman sekarang ini,maaf la.Sekarang ini penduduk di bumi ini terlalu padat.Semua bersaing untuk matlamat diri sendiri.Jangan la mempunyai sifat PENYAKIT LUPA DIRI


when people hate on u

  • CARILAH INFORMASI
  • EVALUASI DIRI
  • JANGAN MENCOBA MENGUBAH
  •  PENUHI PERMINTAANNYA
  • KENALI PERASAANNYA